Adakah bermaksud saya tidak boleh menghantar RM30 kepada rakan-rakan atau membuat pindahan ke akaun bank saya?
Ya, e-Tunai Rakyat RM30 tidak boleh digunakan untuk membuat pindahan kepada individu lain, pengeluaran tunai/pengeluaran ke dalam akaun bank dan kiriman wang ke luar negara. Setelah kelayakan berjaya disahkan, RM30 akan dikredikatn ke dalam dompet Boost anda. Anda tidak boleh menggunakan fungsi Send Money atau Transfer Out to Bank sehingga nilai sebanyak RM30 telah dibelanja dan digunakan.
Setelah berbelanja sebanyak minima RM30, anda boleh kembali menggunakan fungsi Send Money dan Transfer Out to Bank dengan serta-merta.