Jika saya tidak layak untuk menerima e-Tunai Rakyat, adakah saya juga tidak layak untuk menyertai apa-apa kempen?
Jangan risau! Dengan Boost, semua pelanggan Boost boleh menikmati ganjaran. Walaupun anda tidak layak untuk memohon kerana tidak menepati 3 kriteria utama yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, anda masih boleh menang dengan Boost.
Hanya lengkapkan proses permohonan dengan mengklik pada tajuk e-Tunai Rakyat di
laman utama aplikasi Boost dan ikuti langkah-langkah yang ditetapkan.
Setelah mendapat pengesahan bahawa permohonan anda tidak berjaya atas sebab-sebab di bawah, anda layak untuk menerima ganjaran Shake sehingga RM8,888.
1)BUKAN warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan
2)Berumur kurang dari 18 tahun pada tahun 2020
3)Berpendapatan lebih dari RM100,000 setahun
Juga, nikmati tawaran-tawaran menarik untuk semua. Anda boleh melihat semua tawaran- tawaran terkini apabila anda klik pada tajuk e-Tunai Rakyat di laman utama Boost dan seterusnya pada halaman Deals.