Bagaimanakah cara untuk memautkan peranti saya?
Untuk memautkan peranti anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
a) Pemautan Peranti Kali Pertama
Langkah 1: Ketik ikon "Profile" (Profil) pada aplikasi Boost anda
Langkah 2: Ketik "Account Settings" (Tetapan Akaun)
Langkah 3: Masukkan PIN 6 digit anda
Langkah 4: Ketik "Manage Trusted Device" (Urus Peranti Dipercayai)
Langkah 5: Ketik "Yes, Proceed" (Ya, Teruskan)
Langkah 6: Masukkan PIN 6 digit anda
Langkah 7: Ketik “Got It” (Faham) – persediaan selesai!
b) Memautkan Peranti Baharu (Menggantikan Peranti Sedia Ada)
Langkah 1: Log masuk ke akaun anda pada peranti baharu.
Langkah 2: Masukkan OTP yang dihantar ke nombor berdaftar anda.
Langkah 3: Skrin akan muncul yang menunjukkan bahawa anda sedang log masuk daripada peranti baharu. Skrin tersebut juga akan memaparkan butiran peranti yang terakhir digunakan. Untuk meneruskan, anda mesti memautkan peranti baharu kepada akaun anda, yang akan menyahpaut peranti sebelumnya secara automatik.
Langkah 4: Ketik “Bind This Device” (Pautkan Peranti Ini)
Langkah 5: Ketik “Proceed” (Teruskan)
Langkah 6: Masukkan PIN dompet Boost 6 digit anda.
Langkah 7: Ketik “Got It” (Faham) – persediaan selesai!
Setelah peranti berjaya dipautkan, tempoh bertenang selama 2 jam akan bermula. Dalam tempoh ini, semua transaksi dan perubahan keselamatan akan dilumpuhkan buat sementara waktu. Akses penuh akan dipulihkan setelah tempoh bertenang tamat.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Tempoh Bertenang