Apa yang boleh saya lakukan dengan Boost?
Dengan Boost, anda boleh menikmati faedah berikut:
1. Membuat pembayaran dengan peniaga yang mengambil bahagian dalam Boost (di kedai fizikal serta pedagang dalam talian)
2. Membeli baucar digital daripada jenama kegemaran anda dengan diskaun sehingga 50%
3. Menghantar baucar digital sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja termasuk pengguna bukan Boost
4. Jika anda pengguna prabayar, anda boleh:
- Menambah nilai kredit mudah alih pada mana-mana rangkaian
- Menikmati ganjaran pulangan tunai setiap kali anda menambah nilai
- Menyemak baki dan tempoh sah kredit mudah alih anda
5. Melanggan pakej data pilihan anda
6. Membeli pelan insurans atau takaful yang sesuai dengan gaya hidup unik anda
7. Membuat pembayaran bil dengan lebih daripada 50 rakan kongsi pengebil yang tersedia untuk kategori bil seperti TNB, air, Astro, WiFi, pascabayar telco dan banyak lagi.
8. Mendapat ganjaran Boost Stars untuk pembayaran yang layak dan menebus ganjaran daripada halaman katalog BoostUp kami.