Apakah langkah-langkah bagi menyertai kempen ini?
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai kempen ini:
Langkah 1: Berbelanja menggunakan aplikasi Boost untuk mendapatkan token dengan membuat transaksi berikut:
1) Imbas & Bayar dengan kod QR di mana-mana penjual luar talian atau dalam talian
2) Bayaran Parkir
3) Tambah nilai prabayar mudah alih
4) Bayaran bil
5) Sebarang perkhidmatan melalui paparan 'Do More' dalam aplikasi Boost
Menambah wang ke akaun Boost Wallet dan pindahan wang antara akaun Boost (P2P) ke akaun Boost lain tidak akan layak mendapat token.
Langkah 2: Leret ke atas Halaman Utama Boost untuk pergi ke kad Super Shake
Langkah 3: Klik pada kad Super Shake untuk dialihkan ke paparan Super Shake
Langkah 4: Masuk ke paparan Kempen Super Shake dengan memberikan butiran yang tepat seperti yang diminta seperti berikut:
(a) Nama mengikut kad pengenalan - untuk pengesahan pemenang untuk penghantaran hadiah
(b) Nombor kad pengenalan - untuk pengesahan pemenang untuk penghantaran hadiah
(c) Alamat - untuk penghantaran hadiah ke alamat pemenang yang betul / terkini
(d) E-mel - untuk semakan dengan pemenang dan untuk memberikan maklumat berkaitan peraduan.
Apa-apa kegagalan dalam memberikan butiran yang tepat akan menyebabkan hadiah boleh dilucutkan.
Langkah 5: Gunakan Token untuk memilih hadiah yang anda ingin menangi dari hadiah-hadiah yang ditunjukkan pada paparan
Langkah 6: Teruskan perbelanjaan untuk mendapatkan lebih banyak token
Langkah 7: Periksa aplikasi Boost anda pada hari Rabu berikutnya setiap minggu (atau dua minggu untuk Hadiah Utama) untuk mengetahui sama ada anda adalah pemenang bertuah untuk hadiah Super Shake untuk minggu tertentu
Langkah 8: Token yang tidak digunakan boleh dibawa ke minggu berikutnya sepanjang tempoh Kempen.