Bagaimana saya boleh mendapatkan pulangan tunai dengan menjemput rakan saya menggunakan Boost?
Anda boleh berkongsi Kod Jemputan unik anda pada semua operator rangkaian. Anda boleh menemui Kod Jemputan dengan langkah di bawah:
1) Pergi ke paparan "Profile" dan klik pada "Invite Friends"
2) Anda akan melihat Kod Jemputan unik anda.
3) Klik pada ikon merah "Share" pada bawah kanan paparan anda untuk berkongsi kod tersebut bersama rakan anda menerusi pelbagai saluran komunikasi yang disukai. Tiada had ditetapkan bagi menjemput rakan anda.
4) Anda layak mendapat RM1 sehingga RM5 bagi setiap rakan yang memasukkan Kod Jemputan anda semasa pendaftaran dan melakukan tambah nilai kredit prabayar dengan jumlah minimum RM10 menggunakan Boost.
Anda boleh menebus pulangan tunai dengan langkah berikut:
Jika anda tidak menggunakan aplikasi Boost:
1. Satu notifikasi akan dihantar kepada anda setelah rakan yang menggunakan Kod Jemputan anda melakukan tambah nilai kredit prabayar dengan jumlah minimum RM10 menggunakan Boost.
2. Klik pada notifikasi tersebut dan anda akan diaihkan ke aplikasi Boost.
3. Ikuti langkah seterusnya dan goncang telefon anda untuk mendapatkan pulangan tunai.
Sebaliknya, jika telefon anda tidak memberikan tindak balas apabila digoncang, sila klik pada skrin tersebut untuk menebus ganjaran pulangan tunai anda.
Jika anda menggunakan aplikasi Boost:
1. Pergi pada paparan "Profile" - ikon keempat dari kiri
2. Klik pada rentang merah yang menyatakan "You have X Invite shake(s)"
3. Ikuti langkah dan goncang telefon anda untuk mendapatkan pulangan tunai.
Sebaliknya, jika telefon anda tidak memberikan tindak balas apabila digoncang, sila klik pada skrin tersebut untuk menebus ganjaran pulangan tunai anda.