Bagaimanakah cara untuk menutup akaun Boost saya?
Kami kesal kerana anda telah memutuskan untuk menutup akaun Boost anda. Untuk meneruskan penutupan akaun anda, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah:
1. Pada halaman Profil, klik pada "Account Settings" (Tetapan Akaun).
2. Seterusnya, klik pada "Close my Boost Account" (Tutup Akaun Boost saya). Anda akan diminta untuk mengesahkan alamat e-mel yang didaftarkan dengan Boost.
3. Sila ambil perhatian bahawa penutupan akaun tidak boleh dibatalkan. Untuk meneruskan, klik "Close Account" (Tutup Akaun).
Nota: Anda amat disarankan untuk menggunakan baki yang masih ada dalam dompet Boost anda sebelum menutup akaun. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai baki yang belum digunakan, pasukan sokongan kami akan menghantar e-mel kepada anda dalam masa 3–5 hari untuk pemindahan baki selepas anda mengesahkan penutupan akaun.