2. Apakah itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)?
MAIWP berperanan membentuk dan mewujudkan masyarakat Islam yang dinamik serta progresif, yang sentiasa mencari keredaan Allah SWT. Ia juga berusaha memupuk keimanan, memperkukuh ukhuwwah Islamiah dalam kalangan umat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan Malaysia amnya, demi mencapai perpaduan ummah. Selain itu, MAIWP turut mempergiat usaha kebajikan, mencegah kemungkaran dalam masyarakat, serta menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan aktiviti halal lain untuk manfaat umat Islam.